Two become one

m29a7595

Second day at Terengganu. Pepagi lagi semua dah bangun. Majlis akad nikah bermula 10.30 pagi. We’ll have to be ready before that. Adek Maya dah nervous. Lepas pengapit lelaki sampai homestay kitorang, semua dah siap ready dengan barang hantaran. Siapa angkat ape semua dah set hehe. Si pengapit pakaikan sampin untuk adek Maya.

img_0793

So for my family, RED is our color. Power color! Personally Maya yang choose color tu. Garang aum! Sampai rumah pengantin perempuan kitorang kene banish masuk surau terdekat sebab Imam tak sampai lagi katanya hahaha. Kitaorg ni dah susun pasangan pegang hantaran. Berkecah peluh dan membara dah ketiak.

Kitaorang pon pergi la surau sebelah tu menunggu datangnya Imam. Dah sampai Imam lepas 10 minit, berarak masuk ke rumah pengantin perempuan. Masing-masing amek tempat duduk, berdebar menunggu akad nikah. Alahamdulillah dengan sekali lafaz dah jadi husband adekku sorang ni. Sesi bergambar lepas akad nikah normal la. Perut pon dah lapar kitaorang melantak la dulu sambil tunggu diorang bergambor. Paksu and maksu pon hari ni sempat datang jadi lagi meriah family kitorang sikit.

The menu is simple and nice. Normally Maya makan nasi kenduri dalam pinggan biasa, so kali ni first time Maya tengok diorang guna plate macam anyaman bakul tu and alas dengan kertas bungkus makanan yg warna coklat tu. Hahaha I really don’t know the name of that paper to be honest. Selain tu ada dessert and local fruit macam rambutan dan langsat. Lepas makan, bergambor untuk keluarga pihak kami and we’ll balik homestay dulu untuk refresh badan.

After 2 PM baru ke rumah pengantin perempuan semula untuk majlis bersanding. Maya pon ape lagi tukar pakai wedges haha nak ayu sikit dengan baju kurung. Sampai sana huhu berjaga betul kaki sebab kawasan laman rumah diorang ada batu-batu kecil. Second time melantak kali ni, dapat invitation makan dekat meja beradab. Hahaha kelas mak jah rasa tapi segan Maya sebab meja beradab selalunya jadi tumpuan orang yang datang majlis.

Dah selesai makan, amek gambor (again) haha it’s time for us to fly to the moon. Haha on the way nak keluar laman boleh plak Maya terjatuh sebab hilang balance kaki pijak batu kecik dengan wedges. Depan bapa mertua adek Maya plak tu. Aiseh malu hahaha tapi Maya memang sentiasa clumsy pon.

Before balik homestay, Photographer sempat bagi location untuk kitaorang berjimba berjalan-jalan area pantai. Dapo Pata nama tempat tu. Paksu and Maksu pulak suggest pergi Pasar Besar Payang sekali.

img_0794

img_0795

Then all set to go, first destination is Pasar Besar Payang. Tempat memborong barang makanan, batik or baju-baju. Dah alang-alang menyeluk pekasam, kerepok lekor jua ku borongkan haha. Suka tengok bangunan Bazaar Warisan dia cantek architecture bangunan tu. Dah habis berjalan, next Dapo Pata. About 30 minit jugak dari Pasar Payang.

img_0796

img_0799

Sampai sana dekat senja jugak, jadi awan warna cantik sangat. Dekat sana banyak kedai makan bertemakan kontena style. Nama lain diorg panggil, Uptown Kontena. Suasana tenang cantic sebab tepi pantai, Nampak boat kecik-kecik. Bergambor lawa, nak rileks bersantai pon boleh, nak try equestrian pon ade nak try naik kuda ke. Penat berjalan, bergambar, makan, then baru balik rumah.

Sampai rumah semua terbongkang keletihan hahaha. Sekian ulasan berita hari ini.

P/s : Muahaha sorry abam photographer and adekku, Maya curi gambar wedding korang sebab abam tu amek so gorgeous!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s