Kari Udang Simple

Kari dan Maya,

Sejak kecik membesar dalam family yang memang dah jadi rutin setiap minggu, lauk wajib. Sebab memang ade keturunan sikit haha. Nasi kandar, kari, roti canai, capati, tosei yang mana nampak kat kedai mamak tu selalu jadi breakfast pepagi.

Nasi kandar selalu orang bedal tengah hari, abah Maya pepagi lagi beli buat breakfast kita orang but Maya la paling ikut style makan Abah. Lauk kari every week mesti ada sampai kadang-kadang adik-adik muak haha. Maya on je. So kali ni resipi kari memang simple style mamak punya Kaw-Kaw rasa cubalah! Pekena dengan roti ke, nasi ke, pergh memang Maya suka gila habaq hang!

Kari Udang Simple

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • Udang
  • 1 biji bawang besar (dihiris) *
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 sudu kecik herba campuran
  • 1 biji tomato
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 biji bendi
  • 1 paket serbuk kari udang
  • 4-5 sudu besar susu sejat **
  • Air secukupnya
  • Sedikit air asam jawa (bergantung banyak mana nak masam)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak dalam 5-6 sudu besar.
  2. Setelah minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih serta herba campuran hingga kuning dan wangi.
  3. Kemudian masukkan daun kari dan tumis sebentar dan masukkan serbuk kari udang bersama sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam jawa. Gaul sebati dan tambah air.
  5. Masukkan udang dan renehkan kari beberapa minit sehingga udang masak kemudian masukkan susu sejat. Perasakan kari dengan garam secukupnya.
  6. Masukkan bendi masak sebentar dan masukkan tomato. Biarkan beberapa minit lagi kemudian tutup api. Siap!

Tip: * boleh gantikan bawang besar dengan bawang merah 4-5 ulas.
** Maya tambah untuk rasa lemak sedikit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s