Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji kentang (dibelah 4 setiap satu)
  • 4-5 batang kacang buncis (dipotong panjang)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • 1 keping asam / 1 sudu besar pes asam jawa
  • Santan secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya jika perlu tambah

Bahan Kisar

  • 10 cili padi hijau
  • 2 cili hijau
  • 3 cili merah
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup* (boleh tukar dengan sedikit serbuk kunyit jika tiada)

Cara-cara

  1. Masukkan bahan kisar, serai, santan dan sedikit air dan gaul sebati. Masak bahan tadi atas api serderhana.
  2. Kemudian masukkan kentang selepas seketika masukkan ayam. Masak sehingga kentang empuk dan ayam masak. Masukkan kacang buncis dan biarkan seketika.
  3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali taburkan daun kunyit dan biarkan mendidih sebentar dan kacau selalu. Tutup api. Siap!

Ikan Masak Asam Simple

Simple always the best,

Otak dok pusing-pusing meredah cari resipi kat Pakcik Google. Ingat nak masak udang ke tapi tengok-tengok masa dah lambat! Haha last-last masak ni je la sempoi and laju sikit nak sedia.

Ni antara menu yang pernah Maya ajar adek perempuan Maya waktu die mula nak start belajar masak sendiri. Tak susah and Maya suka sebab die masam-masam makan dengan nasi panas-panas simple tapi sedap šŸ™‚

Ikan Masak Asam

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembung/bawal/tenggiri
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 biji cili padi (dihiris) *
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 biji buah tomato (dipotong 4/8)
  • Sedikit serbuk kunyit **
  • Garam secukupnya
  • Daun ketumbar (dihiris halus)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan kemudian gaul dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dihiris sehingga sedikit layu.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan gaul sebati kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan tomato dan masak sebentar kemudian tutup api. Tabur daun ketumbar.

Tips: * Boleh tukar cili merah tau hijau 1 biji.
** Maya tak letak serbuk kunyit sebab masa goreng ikan dah guna minyak menggoreng ikan tu semula untuk masak kuah asam tu.

Kerabu Telur Sempoi

Ke-rabu hari ketiga,

Dok pikiaq nak buat kerabu dah lama. Tapi asyik lupa nak beli bahan je. So last-last tengok je apa bahan yang still ade dalam pantry and fridge tadaaaa teringat kerabu telur! Pernah buat sekali dulu 3 tahun lepas hahahahaha tudiiaaaa lama sangat aihhh! Tapi resipi ni memang semudah tekan starter motor scooter Maya so try la!

Kerabu Telur

  • Time: 10 mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 3-4 biji telur
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 biji tomato (dihiris halus)
  • 3Ā biji cili padi (dihiris halus)
  • 1Ā biji cili merah (dihiris halus)
  • 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
  • 1 batang serai (dihiris halus)
  • Jus limau kasturi secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1-2 sudu besar sos ikan

Cara-cara

  1. Masak telur dadar sebaiknya setiap batch telur dadar biar nipis sedikit dari biasa.
  2. Kemudian setelah telur dadar sejuk, gulungkan telur dadar dan hiriskan halus-halus.
  3. Dalam bekas yang besar, satukan telur dadar dengan semua bahan hirisan.
  4. Perasakan dengan jus limau, gula, garam dan sos ikan secukupnya dan gaul dengan sebati semua bahan. Siap!

Kari Ikan

Dasar anak melayu ade keturunan mamak,

Hahaha memanglah kari antara favourite Maya. Tak kira la kari ape pon semua suka lah! So kali ni mengidam kari ikan. Ni resipi die simple je šŸ˜›

Kari Ikan

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan (Kembung/Bawal)
  • 1 paket kecil serbuk rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 batang bendi
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • 100ml santan kotak *

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk sederhana. Tumis halba campur bersama bahan hiris sehingga bau wangi. Kemudian masukkan daun kari goreng sedikit garing.
  2. Bancuhkan serbuk rempah kari dengan seidikit air.
  3. Masukkan rempah tadi dan tumis sehingga rempah pecah minyak.
  4. Setelah rempah masak, masukkan sedikit air asam jawa dan gaul sebati biarkan merinih sebentar. Kemudian masukkan santan dan gaul sebati.
  5. Masukkan ikan dan tambah sedikit air bersesuaian dengan jumlah ikan serta santan biarkan masak seketika dengan api kecil. Perasakan dengan garam.
  6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato biarkan sementara kemudian tutup api.

P/s: * Boleh tukar dengan susu cair untuk kurangkan lemak.
Tips: Jangan masak kuah kari terlalu lama sehingga mendidih nanti ikan cepat hancur.

Baba Yaga is Back

wp-1486661391869.jpg
My Handsome Baba Yaga

The Boogeyman,

His famous nickname. Legendary Mr. John Wick is back! A must see movie for this month especially for Keanu Reeves die-hard fan hehe.

The first John Wick movie is about John, the legendary hitman is forced out of his retirement try to get revenge over his dead dog (his last gift from his beloved wife before she died) and favourite Mustang stolen by a trio of Russian gang.

Now his back for second chapter! And of course more handsome, cool and awesome than ever! Haha if the first movie is awesome, chapter two is super-duper awesome! Believe me! (Yeah I know, I’m so in love with Keanu Reeves since highschool, judging from my reaction of course! :P)

I love John Wick character in this movie because of his will power, focus, skills and strength, show how much human he is. Really inspiring to me. More action than before as well.

I don’t want to spoil anything. I give 9.5 out of 10! Hoping there will be another sequel after this, finger crossed šŸ˜‰

P/s: Black turtle neck t-shirt with black coat. Maigaddd you almost make me faint when I saw you wearing that! Hahaha

Ayam Tumis Cili Berempah

Ayam Tumis Cili Berempah

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: Majalah Rasa (www.rasa.my)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 16)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Bahan Tumisan

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 10 biji cili padi hijau
  • 10 biji cili hijau

Cara-cara

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam. Kemudian goreng sehingga garing dah ketepikan.
  2. Tumis bahan tumisan, daun pandan dan serai sehingga bau harum.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Renehkan sebentar.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata, jika kuahnya kering masukkan sedikit air dan masak sehingga kuahnya pekat semula. Sedia dihidangkan.

Horror Manga – Junji Ito

armyofone
Credit Image : Google

Horror,

Tu antara genre paling Maya suka. So kali ni Maya nak introduce manga online yang currently Maya selalu baca sinceĀ last year, fromĀ horror manga artist yang terkenal iaitu Junji Ito. Dah lama nak share dekat blog tapi asyik lupa je. Hehe.

So far the most famous one dalam artwork Junji Ito adalah Tomie, Gyo andĀ UzumakiĀ series. Kenapa Maya suka karya dia? Bila baca manga dia, buat kita rasa “Boleh ade ke sampai macam tu sekali horror dalam dunia?” Memang habis disturbing laĀ even for theĀ rest of his artwork pon sama.

Imaginasi dia terhadap horror memang tinggi and sangat Maya salute!Ā Detail artwork die memang superverb. Bila baca boleh terasa meremang and geli. Banyak hal yang tak disangka.

For those yang suka genre horror boleh try check Junji Ito punya manga. Memang best! Maya selalu baca kat sini Junji Ito Manga Collection. Tak pon korang boleh je google Junji Ito nanti keluar koleksi die.

His famous artwork manga online reading link:

  1. UZUMAKIĀ – Read here
  2. TOMIE – Read here
  3. GYO – Read here
  4. THE HUMAN CHAIR – Read here *this is my personal favourite sebab buat Maya rasa creepy.

P/s: Bertabah la bila baca sebab manga die extremely disturbing haha tapi Maya memang suka. Thank you Wiki, Mangafox,Ā Mangatown, Kissmanga and Junji Ito tumblr page yang memudahkan Maya point out information dan baca manga online hahaha. Thank you šŸ™‚

Asam Pedas Daging

Asam pedas oi!

Last time masak asam pedas ikan kali ni try daging lak. Tetibe mengidam daging sangat kan hehehe.

Asam Pedas Daging

  • Time: 15-25mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 500 gram daging lembu
  • 5 batang bendi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cekak daun kesum
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 biji tomato
  • Sedikit lada hitam kisar
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 15-20 tangkai cili kering direndam hingga lembut (dikisar)
  • 3 batang cili merah (dikisar)
  • 3 biji bawang besar/ 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)

Cara-cara

  1. PanaskanĀ kuali, masukkan minyak dan tumiskan semua bahan kisar bersama serai sehingga harum dan naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih sekejap.
  3. Setelah itu, masukkan daun kesum kemudian daging. Biarkan ia merenih.
  4. Masak hingga daging empuk dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan bunga kantan dan bendi. Tambah lada hitam kisar dan gaul sebati.
  6. Biarkan bendi lecur seketika dan masukkan tomato dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. Sedap!