Ayam Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji kentang (dibelah 4 setiap satu)
  • 4-5 batang kacang buncis (dipotong panjang)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dimayang halus)
  • 1 keping asam / 1 sudu besar pes asam jawa
  • Santan secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya jika perlu tambah

Bahan Kisar

  • 10 cili padi hijau
  • 2 cili hijau
  • 3 cili merah
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup* (boleh tukar dengan sedikit serbuk kunyit jika tiada)

Cara-cara

  1. Masukkan bahan kisar, serai, santan dan sedikit air dan gaul sebati. Masak bahan tadi atas api serderhana.
  2. Kemudian masukkan kentang selepas seketika masukkan ayam. Masak sehingga kentang empuk dan ayam masak. Masukkan kacang buncis dan biarkan seketika.
  3. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau selalu.
  4. Akhir sekali taburkan daun kunyit dan biarkan mendidih sebentar dan kacau selalu. Tutup api. Siap!

Ayam Tumis Cili Berempah

Ayam Tumis Cili Berempah

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: Majalah Rasa (www.rasa.my)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 16)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Bahan Tumisan

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 10 biji cili padi hijau
  • 10 biji cili hijau

Cara-cara

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam. Kemudian goreng sehingga garing dah ketepikan.
  2. Tumis bahan tumisan, daun pandan dan serai sehingga bau harum.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Renehkan sebentar.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata, jika kuahnya kering masukkan sedikit air dan masak sehingga kuahnya pekat semula. Sedia dihidangkan.

Ayam Goreng Kunyit Simple

Abam Kedai Ayam Goreng Kunyit,

Berhari-hari Maya menunggumu. Setiap kali shift keja petang lalu dok usha je buka ke tak kedai. Tapi hampa. Dimanakah geranganmu? Hahaha mengidam oi abang oi! Dah masuk ari keempat tak larat tunggu dah last-last nekad masak sendiri je la walaupon sambal dan ayam goreng kunyit mungkin tak sepower abam tu masak. At least boleh makan alright la hehe. So ni la resipi mudah je. Asal perut sendiri ok bereh aje!

Ayam Goreng Kunyit

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • Isi ayam (bahagian dada)
  • 2-3 batang kacang panjang (dipotong 2inci)
  • 1/2 biji lobak merah (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang Holland (dihiris)
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil sos ikan *
  • 1-2 sudu kecil tepung jagung *

Cara-cara

  1. Potong isi ayam dalam bentuk dadu kecil.
  2. Lumurkan ayam tadi bersama kunyit, garam, sos ikan dan tepung jagung. Perap untuk seketika.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap tadi sehingga garing. Gaul selalu supaya tidak hangus.
  4. Kemudian masukkan bawang, lobak merah dan kacang panjang. Gaul seketikadan jangan terlalu lama nanti sayur akan cepat layu.
  5. Angkat dan toskan. Sedia dihidang bersama nasi! Makan bersama sambal dan kicap memang sedap dan simple!

P/s: * Maya tambah ikut selera hati saja. Kalau tak ade sos ikan pon still boleh je šŸ™‚

Ayam Sambal Bali

Ayam Sambal Bali

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: FB ResepiĀ Sedap

Bahan-bahan

  • 1Ā ekor ayam yang telah dipotong dan digoreng (tidak perlu garing)
  • Senggengam cili kering
  • 6Ā biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 8 batang serai dititik ( kalau serai besar 5-6 batang)
  • 6 tangkai daun kari
  • Sedikit kicap
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Kisar cili kering (yang sudah direndam dengan air dan kembang), bawang besar, bawang putih, halia dan belacan. Ketepikan.
  2. PanaskanĀ kuali dan masukkan sedikit minyak.
  3. Setelah minyak panas, tumisĀ serai sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. MasukkanĀ daun kari yang sudah dibersihkan dan masak sehingga garing dengan api sederhana.
  5. Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehinggaĀ naik bau dan garing.
  6. Kemudian masukkan gula, garam dan renjiskan sedikit kicap sehingga warna bahan kisar menjadi merah gelap.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati selama 10 minit. Siap!

Tip: Setelah siap masak, biarkan selama 20-30 minit baru dihidangkan. Confirm menjilat jari šŸ™‚