Ikan Masak Asam Simple

Simple always the best,

Otak dok pusing-pusing meredah cari resipi kat Pakcik Google. Ingat nak masak udang ke tapi tengok-tengok masa dah lambat! Haha last-last masak ni je la sempoi and laju sikit nak sedia.

Ni antara menu yang pernah Maya ajar adek perempuan Maya waktu die mula nak start belajar masak sendiri. Tak susah and Maya suka sebab die masam-masam makan dengan nasi panas-panas simple tapi sedap 🙂

Ikan Masak Asam

  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan kembung/bawal/tenggiri
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 3 biji cili padi (dihiris) *
  • 1 cawan air asam jawa
  • 1 biji buah tomato (dipotong 4/8)
  • Sedikit serbuk kunyit **
  • Garam secukupnya
  • Daun ketumbar (dihiris halus)

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan kemudian gaul dengan kunyit dan garam, goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dihiris sehingga sedikit layu.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa dan sedikit serbuk kunyit.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan gaul sebati kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan tomato dan masak sebentar kemudian tutup api. Tabur daun ketumbar.

Tips: * Boleh tukar cili merah tau hijau 1 biji.
** Maya tak letak serbuk kunyit sebab masa goreng ikan dah guna minyak menggoreng ikan tu semula untuk masak kuah asam tu.

Advertisements

Kari Ikan

Dasar anak melayu ade keturunan mamak,

Hahaha memanglah kari antara favourite Maya. Tak kira la kari ape pon semua suka lah! So kali ni mengidam kari ikan. Ni resipi die simple je 😛

Kari Ikan

  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 2 ekor ikan (Kembung/Bawal)
  • 1 paket kecil serbuk rempah kari ikan
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 batang bendi
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 biji buah tomato
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
  • 100ml santan kotak *

Cara-cara

  1. Panaskan minyak didalam periuk sederhana. Tumis halba campur bersama bahan hiris sehingga bau wangi. Kemudian masukkan daun kari goreng sedikit garing.
  2. Bancuhkan serbuk rempah kari dengan seidikit air.
  3. Masukkan rempah tadi dan tumis sehingga rempah pecah minyak.
  4. Setelah rempah masak, masukkan sedikit air asam jawa dan gaul sebati biarkan merinih sebentar. Kemudian masukkan santan dan gaul sebati.
  5. Masukkan ikan dan tambah sedikit air bersesuaian dengan jumlah ikan serta santan biarkan masak seketika dengan api kecil. Perasakan dengan garam.
  6. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato biarkan sementara kemudian tutup api.

P/s: * Boleh tukar dengan susu cair untuk kurangkan lemak.
Tips: Jangan masak kuah kari terlalu lama sehingga mendidih nanti ikan cepat hancur.

Asam Pedas Ikan Kembung

Dear perut,

Sudah lama kempunan nak makan asam pedas ikan pari kat Asam Pedas Sejati Kg. Pandan. Dengar kata dari member sana punya asam pedas sedap jugak. Dari puasa aritu mengidam tapi tak sempat nak pergi. Tudiaaaaa dah berbulan jugak la. So tak dapat asam pedas ikan pari ha Maya pon google asam pedas ikan kembung. Dapat la resipi ni dekat blog Azlita Masam Manis.

Huiiish tu kire food blog bae kite jugak sebab kakak tu memang pandai masak and pandai photography! Ohsem sungguh kakak tu. Salute! Pada siapa yang suka jenguk food blog sambil-sambil nak layan gambar makanan yag ohsem bole tekan sini. Enjoy her blog jangan sampai jilat screen laptop ke hp ke pc ke udah yeeee hehehe 😛

Asam Pedas Ikan Kembung

  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: Azlita Masam Manis blog

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kembung
  • 6-8 batang bendi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cekak daun kesum
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 biji tomato
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 15-20 tangkai cili kering direndam hingga lembut (dikisar)
  • 3 batang cili merah (dikisar)
  • 3 biji bawang besar/ 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumiskan semua bahan kisar bersama serai sehingga harum dan naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih sekejap.
  3. Setelah itu, masukkan daun kesum kemudian ikan. Biarkan ia merenih dan ikan masak. Perasakan kuah dengan garam secukup rasa.
  4. Masukkan bunga kantan dan bendi.
  5. Biarkan bendi lecur seketika dan masukkan tomato dan tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. Sedap!