Shoes or Food Hunting?

4jan_1.jpg

Semangat membara,

Well of course sebab nak makan sedap-sedap hari ni. Awal bulan la katakan. Baru dapat gaji kepala dah start memikir makanan dah. Tiga tempat hari ni plan nak pergi makan. Haha I love food so much! Biasa keluar dengan scooter kesayangan, tapi hari ni nak jejalan naik bus. Naiklah bus dua tingkat ke KLCC dengan jakunnya haha.

Besides food hunting, today I’m getting a new shoes. Happy tu memang la tapi at the same time rasa bersalah. Why? Sebab kasut yang orang tu nak dihadiahkan pricey juga (hadiah yang kena cari sekali sebab orang yang nak bagi tu takut salah pilih kasut favourite ku) hahaha.

Sebenarnya, orang tu plan nak surprisekan Maya by texting my housemate merangkap adek angka tapi sebab orang tu sangat la honest, jadi Maya dapat tahu jugak (orang tu sendiri yang bongkar) haha. Akhirnya, cari sama-sama jugak. Thank you so much for the present. First time dapat hadiah kasut mahal.

Masa naik bus perut dok menahan lapar sebenarnya. Jadi sampai je KLCC turun bus berjalan la kitaorang ke Pavilion untuk tempat makan pertama. Kyochon, restoran ayam crispy Korea yang menawarkan beberapa jenis crispy dan termasuk menu-menu lain.

Serious crispy gila ayam die. Maya suka pedas so ambik red pepper series. Memang menjilat jari lah!

Kyochon.jpg
1. Red Pepper Series, Kyochon Pavilion

Lepas abes melantak ayam yang superverb, teringin nak makan ice-cream so belanja orang tu rasa Llaollao yogurt ice-cream. Siap ade discount ikut hari lagi terbaik!

llaolloa.jpg
2. Lotus Caramelized Biscuit, Oreo and Strawberry toppings, Llaollao Pavilion

Perut dah sendat start cari kasut tapi naseb tak menyebelahi Maya. Kasut idaman dah takda sobsobsob. Dapat kasut jugak design yang dipilih tuan badan yang nak bagi hadiah (but diapproved oleh Cik Maya) hehe. It’s not what I’ve in mind but I’ve grow to like it.

And last sesi memboyot perut adalah Little Rara Thai Noodle House. Antara menu diorder adalah Boat Noodle, Tomyam Noodle and Pad Kra Praw. Tomyam die perghh sedap lemak berkrim!

Littlerara.jpg
3. Tomyam Noodle, Boat Noodle and Pad Kra Praw (Beef), Little Rara Thai Noodle House Jalan Kia Peng

P/s: Biasa Maya makan ikut kalori, tapi hari ni terus tak log data makanan ape2 hahaha.

Advertisements

Bestie Day

Dear bestie,

Rindu korang tahu tak? Lama tak jumpa tak lepak bergelak ketawa pasal macam-macam benda. Akhirnya dapat lepak kali ni!

Miss budak bawang and keding jugak kat Australia sana. Hope diorang ingat kitaorang selalu.

 Today mulakan hari dengan makanan! Of course kitaorang semua sehati sejiwa suka makan walaupon berbeza saiz badan hihi. Early plan ingat nak strol dekat Taman Tasik Perdana saja tengok scenary sana.

Biasa la bila kitaorang plan selalu kelain jadinya. Maya plak tak kesah ikot kemana pon asalkan hangout dengan Sue, Ika and Ida. Disebabkan Ida balik keje after 8PM jadi merewang la dulu dengan Sue and Ika.


Perot semua kelaparan sebab keluar dah pukul 4 PM. Hehehe dok bincang sana sini tempat makan akhirnya menapak ke Wak Nuar Ayam Penyet Kg. Baru juga. Lama jgk tak datang sini since dah pindah dari sana.


Pakat order ayam penyet tambah tempe dan tauhu goreng. Antara tempat ayam penyet kegemaran kitaorang. Sambal die sambal hijau, selalu kebanyakkan sambal merah. The best sambal even sambal hitam untuk tempe tauhu pon sedap gila! Just ayam je macam konkrit sikit. Overcooked hahaha.

wp-1478456281234.jpg

Dah perot pon isi memasing blur nak lepak mana sampai akhirnya Bukit Ampang jgk perginya. Tempat kegemaran diorang hihi. Tengok senja cantik view dia.

Habis layan jiwang masing-masing, patah balik ke Kg. Baru tunggu Ida dan Ika kena balik rumah. Sementara dok perah otak untuk destinasi seterusnya dengan Ida and Sue plak, perot Ida plak berbunyi.

Alihnya datang lagi se-episod rancangan jalan-jalan cari makan. Normal kitaorang mesti pikir dengan confusenya nak makan dekat area mana. Jadi bukak la facebook plak.

Hajat hati kitaorang nak try western murah viral kt Malis Corner Wangsamaju. Dah sampai situ, hahaha masyaAllah beratur manusia tunggu meja. Viral la katakan.

Ida dah lapar sangat tapi teringin makan western so Maya suggest Kawd Burger Bakar Ampang. Rajin betul kitaorang patah balik sana plak hihi.

Nachos, Seafood Aglio Olio dan Peri-peri Chicken

Ida punya peri-peri chicken ok la. Average. Maybe sebab kitaorang rasa macam xkena something. Nachos plak dulu first time datang walaweh memang sedap. Sekarang dah drop kualiti sikit.

Aglio Olio die terlalu banyak Chili Flakes. Balance abes lari and kitaorang rasa macam anak tekak kering makan. Tak sure kenapa tak segempak first time Maya datang dulu.

Nachos time tu berebut nak makan, sekarang tak abes pon. Hopefully diorang ley kekalkan quality makanan diorang. Burger sebelum ni memang fullamak sedap sekarang kering and tak marvelous macam dulu.

P/s: Last time datang jumpa abang rakan keje kepada kenalan lama. Aku ingat dia pangil orang belakang. Kang aku plak perasan. Rupanya memang pangil aku hahaha.

A date with miss cactus

It’s been a while since I’ve an opportunities to hangout with her. Hahaha close but yet so far rasa kadang-kadang tu sebab masing-masing busy and working time selalu tak sama and of course jarang dapat cuti sekali.

So this time, both of us set off day sama to do fun things together.  Well, when i said fun things, i mean “Eat-As-Much-As-We-Could” until our stomach bloated hahaha.

Untuk mengelakkan jammed orang ramai, personally Maya memang suka keluar during weekdays rather than weekends. Maybe sebab maya tak suka crowded place sangat, rasa macam serabut. Again, my plan never worked out haha. Sengaja pilih Monday and it turn out Monday maya pilih adalah public holiday pulak.

Hahaha sabar je la. Nak jugak elak kekusutan manusia maya dengan Acik pon gerak la pagi ke KLCC. Parking then jalan ke Pavilion, sampai je kitorang melantak dulu hehe.

img_1036
Mammaaa Miaaa Muaaahh

Pepagi lagi dah Western hahaha. Ni kat food court Pavilion haha as usual Maya lupa nama kedai lah kan. Thank you belanja Kak Maya muaaaahh.

img_1037
Adekkk manissss yang dating dengan Maya. Acik.

Lepas menketedarah, kitaorang mula start round-round tengok barang. Actually Acik yang nak cari barang, Maya temankan je errr tapi adoi terbabas jugak. Guilty as charge! tapi takpe beli benda penting je, seluar kerja haha. Lepas cari barang kt Pavilion sempat lagi snacking haha Acik suruh try llao llao Frozen Yogurt Ice Cream.

Dah penat masuk sana sini, patah balik ke KLCC pulak then terbang ke seberang nak cari kasut untuk Acik kt Avenue K. Tapi sebelum cari kasut, kitaorang bedal Boat Noodle hahaha.

img_1039

img_1038
Nampak tak muka puas hahaha

Yeahh ada orang dapat kasut baru seluar baru, Maya pon dapat seluar kerja, our tummy pon happy,  merempit balik rumah lah hahahaha

P/s : Kasut sendiri dah rabak nak dekat 3 tahun pakai bila la nak jumpa kasut idaman baru hehehe.