Balai Seni Visual Negara

Dear Sis,

Hehe lama dah tak jumpa. Last jumpa waktu Raya tahun lepas hahaha. Tudia memang lama jugak tu. My sis ajak jenguk Balai Seni Visual Negara (National Visual Arts Gallery) since the submission is free why not tengok karya-karya anak tempatan kan?

Honestly sebelum ni Maya stay almost 4-5 years dekat Kg.Baru and I wasn’t aware at all ade Arts Gallery sebelah Istana Budaya. Hahahahaha punya la tak amek tahu kan. Well now I know thanks to my sis.

Sampai sana memang agak krik-krik. Kesian jugak. Sebab orang-orang local kita sendiri jarang-jarang pergi tempat macam ni. You can say “Alah acah-acah tourist” or even “Bajet-bajet je tu” or what so ever. Anak-anak muda sekarang banyak melawat shopping complex je. Muzium kat KL bersepah rajin-rajin la g melawat.

Selain Muzium Negara banyak lagi ade kat KL ni. Lantak la orang nak cakap Maya ape. Maya mungkin tak de masa lagi nak melawat luar negara or budget tak tinggi tapi Maya nak melawat Malaysia sampai abes dulu baru go oversea jalan-jalan.

Masa kitaorang sampai sini sayang sikit diorang tengah updgrade certain floor. So dapat visit ground floor je dulu. Tak pe la next time dah habis upgrade nak pergi lagi. Banyak karya cantik-cantik kalau tengok rasa berbakat betul seniman-seniman ni.

Selain dari BSVN, Maya bawak kakak and anak sedara melawat Muzium Tekstil dan KL City di Dataran Merdeka. Nak pergi Muzium Muzik jugak tapi diorang tutup jugak sementara untuk upgrade. Thanks to encik Buncit, I know KL bukan setakat shopping complex. My sis pon memang spesis suka ilmu and suka ajar anak kenal Negara dengan khazanah supaya tambah ilmu.

Sokonglah Muzium-muzium di Malaysia, zoo-zoo yang ada. Masuk kalau tak free jangan la complain mahal sebab dari situ la salah satu cara diorang nak cover modal untuk haiwan-haiwan ke upgrade muzium-muzium ke zoo-zoo ke. Kalau yang free pon hampa tak p jenguk jangan la nak jadi keyboard worrior and mak jemah sangat complain tempat-tempat yang entrance masuk mahal.

My buncit and kakakku ajar aku tengok perspektif lain dari jadi orang yang spesis complain je tapi tak menyumbang ape-ape tu. Thank you so much! Hehehe

P/s: Maya punya perangai curious kalau masuk arts gallery keje nak pegang lukisan tu dengan tangan! Hahaha jangan jadi macam Maya tau! Rosak seni-seni orang buat penat-penat. Hehe Maya sendiri tak buat dah sekarang 😛