Asam Pedas Daging

Asam pedas oi!

Last time masak asam pedas ikan kali ni try daging lak. Tetibe mengidam daging sangat kan hehehe.

Asam Pedas Daging

  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 500 gram daging lembu
  • 5 batang bendi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cekak daun kesum
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 biji tomato
  • Sedikit lada hitam kisar
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 15-20 tangkai cili kering direndam hingga lembut (dikisar)
  • 3 batang cili merah (dikisar)
  • 3 biji bawang besar/ 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)
  • 1/2 inci lengkuas (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)

Cara-cara

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumiskan semua bahan kisar bersama serai sehingga harum dan naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih sekejap.
  3. Setelah itu, masukkan daun kesum kemudian daging. Biarkan ia merenih.
  4. Masak hingga daging empuk dan perasakan dengan garam secukupnya.
  5. Masukkan bunga kantan dan bendi. Tambah lada hitam kisar dan gaul sebati.
  6. Biarkan bendi lecur seketika dan masukkan tomato dan tutup api.
  7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. Sedap!

Advertisements