Nasi Goreng Cendawan Pedas

Hai pagi yang indah,

Bangun pagi-pagi sebab nak buat bekal untuk orang sebenarnya, dah la tak plan nak masak ape. So dengan muka baru bangun tido mamai-mamai lagi, geledah peti sejuk tengok ape bahan ada.

Akhirnya decide nak masak nasi goreng cendawan sebab ade stock cendawan lagi. Main campak-campak je dengan sayur ape yang ade. Hehe yang bestnye tetibe plak buat telur dadar bentuk love. Sweet gituu tak? Haruslah! So ni Maya share ape yang maya campak-campak tu ye. Muaah!

Nasi Goreng Mushroom Pedas

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan nasi putih siap masak
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 tangkai cili kering (dihiris)
  • 2-3 biji cili merah *
  • Cendawan
  • Lobak merah (dihiris panjang)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
  2. Setelah minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan cili merah hingga kuning dan wangi.
  3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan lada hitam. Masukkan lobak dan brokoli kemudian masukkan nasi putih.
  4. Masukkan cendawan dan gaul semua dengan sebati.
  5. Boleh dihidangkan bersama telur dadar.

Tip: * Jumlah cili bergantung nak pedas mana. If suka lagi pedas pandai-pandai tambah hehe. Maya ni suka pedas memang cili nak letak banyak.

Nasi Goreng Cili Kering

Nasi Goreng Cili Kering

  • Servings: 2
  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: FB Resepi Nasi Goreng

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan nasi putih siap masak
  • 1 biji bawang besar ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 5-6 tangkai cili kering direbus dan ditumbuk**
  • Sedikit belacan
  • Sedikit ikan bilis tumbuk
  • Sedikit udang kering *
  • 2 biji telur ( maya xletak just buat telur mata)
  • Garam secukup rasa
  • Lobak merah dihiris panjang *
  • Brokoli *

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
  2. Setelah minyak panas, tumis semua baham ditumbuk tadi sehingga garing sedikit dan naik bau.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
  4. Masukkan telur. ( Part ni Maya skip sebab memang tak masuk sekali gus telur jadi maya masukkan sayur lobak dan brokoli).
  5. Kemudian masukkan nasi dan gaul sebati.
  6. Boleh dihidang dengan ayam goreng atau telur mata.

Tip: * Ini bahan sesuka hati tambah dari resepi asal. Hehe sebab Maya suka sayur. Boleh letak ape yang berkenan dihati.
** Yang ni maya letak lebih sebab suka pedas lagi.