Ayam Tumis Cili Berempah

Ayam Tumis Cili Berempah

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: Majalah Rasa (www.rasa.my)

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (dipotong 16)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya

Bahan Tumisan

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai (dititik)
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 4cm halia
  • 10 biji cili padi hijau
  • 10 biji cili hijau

Cara-cara

  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama sejam. Kemudian goreng sehingga garing dah ketepikan.
  2. Tumis bahan tumisan, daun pandan dan serai sehingga bau harum.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula. Renehkan sebentar.
  4. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul rata, jika kuahnya kering masukkan sedikit air dan masak sehingga kuahnya pekat semula. Sedia dihidangkan.

Nasi Goreng Cendawan Pedas

Hai pagi yang indah,

Bangun pagi-pagi sebab nak buat bekal untuk orang sebenarnya, dah la tak plan nak masak ape. So dengan muka baru bangun tido mamai-mamai lagi, geledah peti sejuk tengok ape bahan ada.

Akhirnya decide nak masak nasi goreng cendawan sebab ade stock cendawan lagi. Main campak-campak je dengan sayur ape yang ade. Hehe yang bestnye tetibe plak buat telur dadar bentuk love. Sweet gituu tak? Haruslah! So ni Maya share ape yang maya campak-campak tu ye. Muaah!

Nasi Goreng Mushroom Pedas

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan nasi putih siap masak
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 4 tangkai cili kering (dihiris)
  • 2-3 biji cili merah *
  • Cendawan
  • Lobak merah (dihiris panjang)
  • Brokoli (dipotong kecil)
  • Daun ketumbar (dicincang halus)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada hitam

Cara-cara

  1. PanaskanĀ kuali dan masukkan minyak.
  2. Setelah minyak panas, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering dan cili merah hingga kuning dan wangi.
  3. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan lada hitam. Masukkan lobak dan brokoli kemudian masukkan nasi putih.
  4. Masukkan cendawan dan gaul semua dengan sebati.
  5. Boleh dihidangkan bersama telur dadar.

Tip: * Jumlah cili bergantung nak pedas mana. If suka lagi pedas pandai-pandai tambah hehe. Maya ni suka pedas memang cili nak letak banyak.

Samyang Cheese Hot Spicy Chicken Ramen

spicyramencheese.jpg

Dear Perut Buncit,

Memanglah sejak azali peminat pedas. Pantang ade yang baru je nak try. Time tu tengah jalan-jalan kat Jason terserempak pulak dengan kembar si Samyang Hot Spicy Chicken Ramen. Si Cheesy.

Nampak tu terus terpukau beb. Sebab nak rasa combination cheese dengan pedas nauzubillah die tu. Tak de selera makan time tu terus ade! Haha. So dengan excited cilok air panas kat tempat orang and bersungguh menyediakan delicacy. Mak jemah nau delicacy katanye.

So my review, this Hot Spicy Chicken Ramen tu lagi terbakar roh dan jiwa masa makan. I guess sebab die ade cheese so it’s kinda tone down the spiciness a bit. Dairy product is one of the best way to counteract this chemical compund menurut sumber atuk Google.

Still cheese and spicy both is my favourite! So two thumbs up!

P/s: On the same day jgk sebab ketagih lagi makan pedas beli yg Original tu share makan dengan orang haha. Just nak jgk rasa kick pedas melampau yang bole botakkan kepala bila makan tu hehe.

Asam Pedas Ikan Kembung

Dear perut,

Sudah lama kempunan nak makan asam pedas ikan pari kat Asam Pedas Sejati Kg. Pandan. Dengar kata dari member sana punya asam pedas sedap jugak. Dari puasa aritu mengidam tapi tak sempat nak pergi. Tudiaaaaa dah berbulan jugak la. So tak dapat asam pedas ikan pari ha Maya pon google asam pedas ikan kembung. Dapat la resipi ni dekat blog Azlita Masam Manis.

Huiiish tu kire food blog bae kite jugak sebab kakak tu memang pandai masak and pandai photography! Ohsem sungguh kakak tu. Salute! Pada siapa yang suka jenguk food blog sambil-sambil nak layan gambar makanan yag ohsem bole tekan sini. Enjoy her blog jangan sampai jilat screen laptop ke hp ke pc ke udah yeeee hehehe šŸ˜›

Asam Pedas Ikan Kembung

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: Azlita Masam Manis blog

Bahan-bahan

  • 3 ekor ikan kembung
  • 6-8 batang bendi
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 1 cekak daun kesum
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 biji tomato
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 15-20 tangkai cili kering direndam hingga lembut (dikisar)
  • 3 batang cili merah (dikisar)
  • 3 biji bawang besar/ 8 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci belacan (dikisar)

Cara-cara

  1. PanaskanĀ kuali, masukkan minyak dan tumiskan semua bahan kisar bersama serai sehingga harum dan naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan kuah mendidih sekejap.
  3. Setelah itu, masukkan daun kesum kemudian ikan. Biarkan ia merenih dan ikan masak. Perasakan kuah dengan garam secukup rasa.
  4. Masukkan bunga kantan dan bendi.
  5. Biarkan bendi lecur seketika dan masukkan tomato dan tutup api.
  6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. Sedap!

Ayam Sambal Bali

Ayam Sambal Bali

  • Time: 10-15mins
  • Difficulty: Easy
  • Print


Credit: FB ResepiĀ Sedap

Bahan-bahan

  • 1Ā ekor ayam yang telah dipotong dan digoreng (tidak perlu garing)
  • Senggengam cili kering
  • 6Ā biji bawang besar
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan
  • 8 batang serai dititik ( kalau serai besar 5-6 batang)
  • 6 tangkai daun kari
  • Sedikit kicap
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Kisar cili kering (yang sudah direndam dengan air dan kembang), bawang besar, bawang putih, halia dan belacan. Ketepikan.
  2. PanaskanĀ kuali dan masukkan sedikit minyak.
  3. Setelah minyak panas, tumisĀ serai sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. MasukkanĀ daun kari yang sudah dibersihkan dan masak sehingga garing dengan api sederhana.
  5. Setelah bahan tumis kekuningan, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan masak sehinggaĀ naik bau dan garing.
  6. Kemudian masukkan gula, garam dan renjiskan sedikit kicap sehingga warna bahan kisar menjadi merah gelap.
  7. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sebati selama 10 minit. Siap!

Tip: Setelah siap masak, biarkan selama 20-30 minit baru dihidangkan. Confirm menjilat jari šŸ™‚

Super Spicy Ramen

wp-image-1848025022jpg.jpg

Howdy!

Fuhhh berpeluh! First time Maya try maggi Samyang ni waktu tu baru tahu je maggi ni superverb pedas die.

Well of course being big fan of spicy food, I’m thinking to try this Korean Spicy Ramen, nak tahu how far pedas yang digambarkan oleh orang lain hehe.

First attemp, Maya beli yang bowl size punya because I couldn’t find any pack size. Maklum la waktu tu meletop bak hang maggi Korea ni. Price for one bowl type tu beli kt Jason about RM8.++.

Nak try pedas jugak beli tak kira mahal dah haha. Semangat membara nak makan pedas bila dah makan mak aii terbakar lidah, tebal bibir mungil bak my bae Angelina Jolie.

I thought I could go through without sipping any water but I’m wrong. Mengucap sambil makan berharap tak pengsan.

Tapi second time makan beli yang pack punya dengan jayanya makan sampai habis tanpa minum air sikit pon dan bole tahan pedas macam biasa. Ape lagi terus beli satu bungkus yang ada 5 packs tu la.

P/s: Kopak duet tak pe demi makanan pedas. Now, dah jadi maggi favourite kalau nak yang superverb pedas.